Malindo Air henti penerbangan ke Alor Setar - Utusan Malaysia

Malindo Air henti penerbangan ke Alor Setar

MALINDO Air dikatakan sudah memberhentikan penerbangan ke Alor Setar. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ketiadaan penerbangan pesawat Malindo Air yang kini dikenali Batik Air dari Subang, Selangor ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini sejak akhir Julai lalu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Bukan itu sahaja, isu sama yang dianggap membebankan orang ramai di negeri ini selain turut menjadi perbualan ramai dalam media sosial sejak beberapa hari lepas.

Seorang penduduk, Zana Abdullah, 45, yang selalu menggunakan perkhidmatan itu untuk ke ibu kota memberitahu, dia terkilan kerana perkara itu agak membebankan dan menyukarkannya untuk berulang-alik ke Kuala Lumpur.

“Sejak Malindo Air tiada, memang susah sebab tak ada pilihan. Dahulu ada dua, Malindo Air atau Firefly, tetapi, sekarang tinggal satu saja. Harga tiket pun jadi lebih tinggi sekarang untuk ke Subang. Untuk guna KLIA agak jauh. Kalau harga sangat tinggi memang terpaksa ambil alternatif lain saja.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat agar banyak pilihan kepada pengguna terutama yang selalu berulang alik dari Alor Setar ke Subang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, pihak pengurusan LTSAH ketika dihubungi mengesahkan tiada lagi penerbangan dari Subang ke terminal berkenaan sejak 25 Julai lalu.

“Tetapi, kami belum menerima apa-apa surat rasmi tentang pemberhentian itu sehingga kini dan masih menantikan penjelasan daripada syarikat penerbangan berkenaan,” katanya.

Hasil carian tiket di laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan juga mendapati tiada jadual ditawarkan sejak 25 Julai lepas sehingga kini melibatkan laluan Alor Setar (AOR) ke Subang (SZB). –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya