LIMA 23 dijangka penganjuran terbesar - Utusan Malaysia

LIMA 23 dijangka penganjuran terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LlMA 23)  tahun depan dijangka menjadi acara terbesar sepanjang penganjuran yang pernah diadakan sebelum ini. 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ia berdasarkan  pembukaan semula sempadan negara dan peralihan ke fasa endemik. 

Selain itu, katanya, LIMA 23 juga dijangka lebih meriah selepas penganjuran yang sepatutnya diadakan pada 2021 ditunda ekoran pandemik Covid-19. 

“Selepas ‘berehat’ selama tiga tahun sejak LIMA 19 yang lalu, semua pihak bersedia sepenuhnya termasuk pempamer, delegasi asing dan orang ramai yang begitu teruja dan mahu melihat penganjuran akan datang.

“Malah, kita menjangkakan penyertaan 600 syarikat pempamer dan kehadiran delegasi asing dari 41 buah negara, ” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Affendi menghadiri Pertunjukan Udara Farnborough 2022 (FIA 2022) yang berlangsung di United Kingdom pada Rabu lalu.

LIMA 2023 dijangka berlangsung dari 23 hingga 27 Mei di Langkawi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya