Lelaki sorok minyak masak peket, gula ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki sorok minyak masak peket, gula ditahan

ANGGOTA KPDNHEP Kelantan memeriksa minyak peket bersubsidi yang disorokkan dalam serbuan di Kok Lanas, Kelantan, semalam. -IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Tindakan seorang lelaki menyorokkan minyak masak peket bersubsidi seberat 2,210 kilogram (kg) di tempat yang tidak dilesenkan mengundang padah selepas ditahan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan semalam.

Lelaki tersebut ditahan pada pukul 5 petang di sebuah premis di Kok Lanas menerusi Op Bersepadu bersama anggota Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP Putrajaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, rampasan itu hasil maklumat risikan yang membawa kepada serbuan keatas sebuah premis borong berlesen dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan sebanyak 2,210 kg minyak masak peket bersubsidi di kawasan berkenaan.

“Selain itu, kita turut menjumpai 1,680 kg gula peket. Kita tahan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, nilai rampasan barangan kawalan dianggarkan keseluruhan berjumlah RM10,317.

Katanya, KPDNHEP Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana peniaga atau individu yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan tegas serta pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya