Laksa telur goreng sarang laris di HPPNM - Utusan Malaysia

Laksa telur goreng sarang laris di HPPNM

AZRIL Bidin dibantu Nurazwani Mohd. Ridzuan sedang memasak kuah laksa di MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sentuhan air tangan resipi dari Perak menjadi rahsia gerai Laksa Telur Goreng Bersarang Botani Ipoh paling laris dijual dan mendapat perhatian pengunjung pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Melaka (HPPNM) 2022 yang berakhir Ahad lalu.

Sepanjang tempoh tiga hari program berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, menu berkenaan adalah antara yang mencuri perhatian.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, penjualnya, Azril Bidin, 40, berkata, dia berjaya menjual sebanyak 135 kilogram (kg) laksa dengan menggunakan 120 kg ikan kembung untuk menghasilkan kuahnya.

Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka laksa dijual akan mendapat sambutan luar biasa pengunjung dan setiap hari dua periuk besar kuah habis dijual.

“Laksa yang saya jual ini laris kerana keunikan namanya dan ramai pengunjung di MITC berasa pelik dengan laksa ini yang menggunakan telur dadar, bukannya telur rebus. Selain daripada itu harga yang saya jual murah iaitu RM6 sepinggan.

“Bagi saya paling penting ialah rasa kuah laksa itu sendiri. Rasa yang enak menyebabkan ada pelanggan datang berulang kali ke khemah yang saya sewa di MITC,” katanya yang dibantu isteri, Nurazwani Mohd. Ridzuan, 36.

Azril berkata, ada juga dalam kalangan pelanggan yang datang ke gerainya dan beranggapan laksa yang dijualnya ada kena-mengena dengan sarang burung

“Atas sambutan itu, saya akan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Selangor dari 4 sehingga 14 Ogos ini,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya