Lak Rumah Bonda ditanggalkan atas perintah mahkamah - JKM  - Utusan Malaysia

Lak Rumah Bonda ditanggalkan atas perintah mahkamah – JKM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersetuju lak (seal) ke atas Rumah Bonda ditanggalkan atas perintah mahkamah setelah pengendali premis berkenaan membuat aku janji tidak akan menjalankan fungsi sebagai pusat jagaan.

Bagaimanapun, menurut JKM, sekiranya didapati premis tersebut beroperasi semula sebagai pusat jagaan tanpa pendaftaran yang sah di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengendali.

“Sekiranya didapati bahawa premis tersebut beroperasi semula sebagai pusat jagaan tanpa pendaftaran yang sah di bawah Akta 506, JKM akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali premis tersebut.

“Pengendali premis juga boleh dikenakan tindakan kerana ingkar perintah atau menghina mahkamah (contempt of court),” katanya dalam kenyataan hari ini.

JKM berkata, berdasarkan Subseksyen 16A(3) Akta 506, lak terhadap premis berkenaan hanya boleh ditanggalkan dengan perintah mahkamah dan pengendali mestilah berhenti menggunakan premis tersebut sebagai pusat jagaan selagi belum berdaftar di bawah Akta 506.

Dalam hal ini, katanya, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan pengendali Rumah Bonda untuk menanggalkan lak dengan aku janji bahawa premis tidak akan digunakan sebagai pusat jagaan seperti mana peruntukan di bawah Seksyen 16A Akta 506.

Jelasnya, tindakan lak terhadap premis berkenaan diiambil pada 12 Julai tahun lalu dan kertas siasatan juga dibuka dengan tindakan kompaun diambil.

Ia selaras dengan Seksyen 21A Akta 506 dan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2011 dengan keizinan Pendakwa Raya berdasarkan fakta-fakta kes yang jelas.

“Pengendali Rumah Bonda juga membuat bayaran penuh kompaun berjumlah RM5,000 pada 25 April lalu dan kemudiannya memfailkan suatu saman pemula yang memohon antara lain supaya lak terhadap premis ditanggalkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Rumah Bonda yang terletak di Setapak boleh beroperasi semula selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan yang difailkan oleh pengasas rumah perlindungan itu, Siti Bainun Ahd Razali. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya