Kubur JWW Birch terbiar - Utusan Malaysia

Kubur JWW Birch terbiar

NORDIN Abdul Malek menunjukkan kubur JWW Birch yang dinaiki semak kerana tidak dijaga ketika tinjauan di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di Pasir Salak baru-baru ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kubur Residen Inggeris pertama di Perak, JWW Birch di Kampung Teluk Memali, Kampung Gajah di sini yang sepatutnya menjadi tarikan pelancongan sejarah ke negeri ini didapati dalam keadaan terbiar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan kubur Birch yang berpagar dan bertanda batu nisan salib dan beberapa kubur dipercayai tentera British yang terbunuh ketika penentangan orang Melayu, dinaiki semak.

Birch mati dibunuh pada tahun 1875 ketika orang Melayu bangkit menentang penjajahan Inggeris.

Kawasan kubur Birch dan tentera British itu terletak dalam ladang kelapa sawit tidak jauh dari pekan Kampung Gajah.

Selain dinaiki semak, papan tanda kubur itu juga sudah terbuka daripada rangkanya dan pagar besi di kawasan kubur itu sudah reput dan tumbang.

Agar sukar untuk masuk ke kawasan kubur tersebut apabila terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda yang memakan masa lebih setengah jam disebabkan keadaan jalan yang berlubang dan sempit.

Pengerusi Pembangunan Komuniti Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, keadaan kubur itu yang tidak dijaga dengan baik tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja dari aspek pelancongan tetap juga dari aspek sejarah.

Menurutnya, ini kerana penentangan orang Melayu sehingga Birch terbunuh merupakan sejarah negara yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu di sini menentang penjajah.

“Kubur ini wajar dijaga kerana ia berkait rapat dengan sejarah negara, rentetan daripada kisah perjuangan orang-orang Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan tanah air daripada penjajah.

“Jangan kerana ini kubur milik seorang yang dianggap musuh maka tidak ia perlu dijaga, memandang rendah dan mengabaikan kisah sejarah yang menjadi simbol kepada generasi akan datang.

“Dalam hal ini kita boleh ambil contoh negara lain seperti Perancis yang mana kubur tentera Nazi dijaga dan dijadikan kawasan peringatan peristiwa sejarah sedih oleh negara itu sewaktu ditakluki tentera Nazi Jerman,” katanya.

Nordin berharap pihak yang berkenaan mengambil inisiatif untuk memulihara kawasan perkuburan itu sebagai tarikah pelancong.

Katanya, ini boleh dilakukan dengan membina galeri atau maklumat sejarah kisah penentang orang-orang Melayu keatas pihak British sehingga menyebabkan Birch dibunuh.

“Kubur ini juga menambahkan lagi kawasan pelancongan sejarah yang boleh dilawati di kawasan ini selain daripada makam-makam Sultan Perak yang terdapat di sepanjang Sungai Perak dan Kompleks Sejarah Pasir Salak,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya