PETALING JAYA: Keadaan kuarters yang tidak terurus, kemudahan sering rosak serta tidak diselenggarakan dengan baik menjadi punca warga pendidik memilih untuk menyewa rumah lain berbanding mendiami kuarters guru. Masalah ketara yang dihadapi antaranya keretakan dinding rumah, bumbung bocor, jubin lantai pecah, tandas tersumbat serta kebocoran saluran paip. Lebih memeritkan, penghuni kuarters terpaksa mengeluarkan wang saku sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut apabila permohonan untuk baik pulih tidak mendapat perhatian pihak bertanggungjawab selain masalah birokrasi. Bosan terlalu kerap berdepan situasi yang sama menyebabkan ramai warga pendidik memilih mengambil elaun perumahan bulanan guru…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya