Kes tikam di Paya Luboh: Kejiranan perlu ambil iktibar - Utusan Malaysia

Kes tikam di Paya Luboh: Kejiranan perlu ambil iktibar

TUMINAH Kadi (tiga dari kiri) melawat ahli keluarga mangsa kes bunuh di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jiran tetangga perlu mengambil iktibar kejadian tragis yang berlaku membabitkan sesebuah institusi kekeluargaan dan menilai peranan yang boleh dimainkan bersama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata demikian ketika menziarahi keluarga pesara guru yang maut ditikam anaknya sendiri, Rozizah Md. Dom, 63, di kediaman mereka di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 petang itu, jiran mangsa yang terdengar jeritan meminta tolong bertindak memanjat pagar kediaman berkenaan untuk membantu dan berjaya menangkap suspek sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Tuminah berkata, jiran tetangga memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan keharmonian sesebuah komuniti. 

“Apa-apa keadaan pun, jiran memainkan peranan utama termasuklah membantu keluarga lain yang menetap di kawasan sama. 

“Seperti kes ini, dengan adanya keprihatinan jiran, mereka dapat segera sampai ke lokasi untuk membantu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya bersedia untuk memberikan bantuan daripada segi kaunseling kepada ahli keluarga mangsa yang memerlukan. 

“Anak bongsu mangsa masih belajar di sebuah universiti dan ketika ditemui, kita dapati dia seorang yang kuat semangat serta reda dengan kejadian yang berlaku. 

“Namun, apa-apa pun kita sentiasa bersedia membantu termasuk khidmat kaunseling sekiranya diperlukan,” katanya.  –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya