Kerajaan tambah 15 bahan binaan baharu bawah VOP

Kerajaan tambah 15 bahan binaan baharu bawah VOP

ISMAIL Sabri Yaakob bersama ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pahang di Dewan Rakan Muda Bera, Pahang, semalam. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerajaan bersetuju menambah 15 lagi bahan binaan di bawah kaedah Pengiraan Perubahan Harga (VOP) daripada empat sebelum ini. 

Empat bahan binaan yang dilaksanakan VOP sebelum ini adalah besi tetulang, batu baur, paip air dan pembentungan serta tembaga. 

Antara bahan binaan baharu dijangka dimasukkan di bawah VOP adalah simen, besi, batu bata, kaca, bahan siling, bahan bumbung, kayu, papan lapis, kelengkapan kebersihan, jubin, paip, pasir, cat dan cerucuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedia maklum dengan kenaikan mendadak harga bahan binaan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan konflik geo politik Russia-Ukraine. 

“Saya difahamkan harga bahan-bahan binaan termasuk besi meningkat sehingga 180 peratus. 

“Oleh itu kerajaan telah mengambalikan semula VOP bagi memastikan projek dapat disiapkan tepat pada masanya dengan melaksanakan VOP terhadap empat jenis bahan binaan. 

“Hari ini saya umumkan 15 lagi VOP dalam senarai berkenaan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pahang kali ke-38 di Dewan Rakan Muda Bera di sini hari ini. 

Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan harga rumah bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). 

“Langkah ini bagi membantu kontraktor kecil yang mengadu tidak ada untung melaksanakan projek PPR dan juga PPRT sebelum ini. 

“Saya tidak tahulah berapa untungnya, tapi insya-Allah ada untung dengan kenaikan harga rumah ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya