Kelantan sumbang RM50,000 untuk bencana Baling

Kelantan sumbang RM50,000 untuk bencana Baling

baling
Sebuah jentera pengaut membersihkan kawasan rumah yang ranap dipenuhi longgokan pokok dan lumpur dalam kejadian banjir kilat dan kepala air selepas hujan lebat yang di Kampung Iboi, Mukim Kupang malam semalam. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyalurkan sumbangan RM50,000 untuk membantu penduduk di Baling, Kedah yang terjejas dengan banjir lumpur, Isnin lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sumbangan daripada Tabung Serambi Mekah akan diserahkan kepada kerajaan Kedah sebagai tanda solidariti dan kebersamaan kedua-dua pihak.

“Kami merakamkan ucapan takziah kepada mangsa bencana di negeri Kedah sehingga menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta benda.

“Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah bagi melancarkan operasi pemulihan pasca bencana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isnin lalu, Baling dikejutkan dengan tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang, Baling yang sehingga ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas serta puluhan kediaman rosak.

Hujan lebat lebih tiga jam sejak Isnin membawa bersama lumpur tebal, timbunan pokok serta sisa kayu dari Gunung Inas berdekatan, mengakibatkan sebuah jambatan yang menghubungkan kampung di Sungai Iboi roboh manakala jalan utama terputus hubungan.

Antara kampung yang terlibat dalam bencana itu adalah Kampung Iboi, Kampung Bukit Ibor, Kampung Tok Pisang, Kampung Tok Saba dan Kampung Padang Empang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang kelmarin, tiga mangsa yang terkorban daripada satu keluarga tidak sempat menyelamatkan diri sebelum mayat mereka ditemukan dalam keadaan berpelukan oleh pasukan penyelamat kira-kira 100 meter dari rumah mereka, semalam.

Mayat seorang wanita yang hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, dijumpai berpelukan di bawah timbunan pokok kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Kira-kira tiga jam kemudian, mayat anak kepada Salmah, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan pula tidak jauh daripada mayat ibu dan kakak iparnya itu.

Malah, sebuah jambatan yang menjadi laluan utama penduduk berulang alik melintasi Sungai Iboi turut roboh dengan strukturnya hanyut kira-kira 50 meter dari kedudukan asal.

UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya