KDN, KSM setuju empat aspek pengurusan pekerja asing - Utusan Malaysia

KDN, KSM setuju empat aspek pengurusan pekerja asing

HAMZAH Zainuddin bersama M. Saravanan mengadakan sidang akhbar bersama di Bukit Aman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat kertas pembentangan berhubung pengurusan pekerja asing dibincang dalam mesyuarat jawatankuasa antara Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Sumber Manusia hari ini. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, antaranya keperluan penggajian pekerja asing dan penentuan agensi kawal selia bagi subsektor gudang darat oleh Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Katanya, mesyuarat bersetuju subsektor ini boleh dibuka dan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing berkemahiran rendah, namun, elemen kawalan masih diperlukan bagi memastikan keputusan ini tidak menjejaskan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. 

“Mesyuarat juga bersetuju Kementerian Pengangkutan dilantik sebagai Agensi Kawal Selia bagi mengawal selia pengurusan penggajian pekerja asing di subsektor gudang darat dan bersetuju untuk meluluskan permohonan bagi penggajian pekerja asing industri sarang burung walet oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Kertas cadangan dari Construction Labour Exchange Berhad (CLAB) juga diluluskan bagi membolehkan agensi berkenaan menguruskan sepenuhnya kemasukan pekerja asing binaan melebihi 100 orang selaras dengan pematuhan kepada Akta 520 seperti memastikan pekerja mempunyai Kad Personel Binaan CIDB dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).

“Kebenaran untuk pekerja asing pekerja asing berpermit secara jangka pendek bagi melaksanakan kerja pembinaan infrastruktur dan kerja di Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (KLTL) dan keputusan dibuat Kementerian Dalam Negeri,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga bersetuju membenarkan pekerja asing digajikan dalam subsektor barang lusuh dan subsektor dobi selain membenarkan pekerja asing dari 15 negara sumber bekerja dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya