KB Sentral selesai kesesakan Lembah Sireh - Utusan Malaysia

KB Sentral selesai kesesakan Lembah Sireh

Kesesakan sering berlaku di Kota Bharu terutama pada musim perayaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Kesesakan lalu lintas di Lembah Sireh di sini dijangka selesai apabila siap Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) yang akan dibina di Tunjong, tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui terminal bas sementara yang terletak di Lembah Sireh menjadi salah satu penyumbang kepada kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

“Pada perancangan asal, terminal bas kekal hendak dibina di Lembah Sireh, namun setelah melihat perkembangan serta pandangan pelbagai aspek, kita bersetuju bina di luar Lembah Sireh.

“Dan pembinaan KB Sentral di Tunjong ini adalah salah satu usaha dan perancangan kerajaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lembah Sireh,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong, Datuk Dr. Ramli Mamat pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

ADUN Panchor itu memberitahu, secara umumnya, kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan masih terkawal dan hanya berlaku pada masa-masa tertentu iaitu musim perayaan dan cuti sekolah.

Katanya, tumpuan pembangunan di Lembah Sireh pada awalnya adalah pembangunan komersial, namun bertukar kepada pembangunan bercampur dengan adanya perumahan dan institusi-institusi pendidikan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya