Isu logo, Pas Kelantan tunggu keputusan pusat

Isu logo, Pas Kelantan tunggu keputusan pusat

pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Pas Kelantan belum membuat sebarang keputusan berhubung penggunaan logo parti itu atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya bagaimanapun menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti untuk membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

“Pusat akan bincang selepas itu memaklumkan (hasil perbincangan) kepada negeri. 

“Selepas itu barulah kita akan buat keputusan sama ada pertahan atau sebaliknya. Macam mana nak pertahan (logo) kalau tiada keputusan dibuat,”katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sudah membuat keputusan sebelum ini untuk menggunakan logo PN pada PRU15.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dilaporkan berkata, perkara itu turut dipersetujui Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara penyokong parti itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail memberitahu, dia lebih selesa menggunakan logo parti itu.

Katanya, simbol bulan pada memudahkan orang ramai untuk mengundi Pas pada PRU15 itu nanti.

“Lagipun sudah 30 dekad Pas menggunakan simbol bulan, saya bimbang tukar lambang ia akan memberikan kesukaran khususnya kepada warga emas,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN