Isu Kavadi: Kertas siasatan dirujuk DPP - Utusan Malaysia

Isu Kavadi: Kertas siasatan dirujuk DPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan membabitkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan didakwa menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini. 

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan tersebut selepas mengambil keterangan Mohamad kelmarin.

“Kita hantar pada pejabat TPR hari ini untuk tindakan selanjutnya. 

“Selain itu, pemberita yang dikenali sebagai Nicholas Kochan tidak dapat dirakam percakapan kerana pemeriksaan mendapati dia berada di England,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Minggu lalu, polis mengesan pemberita didakwa memuat naik temu bual bagi membantu siasatan berhubung kenyataan Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat dikatakan tidak sensitif kepada masyarakat Hindu.

Eng Lai dilaporkan berkata,  sesiapa mempunyai maklumat mengenai pengendali Twitter @NicholasKochan itu diminta tampil menyalurkan kepada pihak polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, polis menerima laporan oleh Sayap Bersekutu Bersatu terhadap Tok Mat kerana gagal memohon maaf kepada penganut Hindu dalam tempoh 24 jam.

Ketua Penerangannya, S. Gobi Krishnan juga dilaporkan turut mengugut akan berarak ke pejabat Mohamad.

Dalam wawancara bersama Asia Times, baru-baru ini, Mat didakwa merujuk kavadi sebagai ‘beban’ dalam menggambarkan kekalahan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya