Hoi Lan pilu lepaskan Rohana masuk UTeM - Utusan Malaysia

Hoi Lan pilu lepaskan Rohana masuk UTeM

ROHANA Abdullah (kanan) mengucup pipi Chee Hoi Lan yang menjaganya sejak berusia dua bulan dan mengekalkannya dalam Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang ibu ang­kat berketurunan Cina, Chee Hoi Lan yang berusia 83 tahun, tidak dapat menahan sebak apabila anak angkatnya, Rohana Abdullah yang dijaga sejak berusia dua bulan, bakal menyambung pengajian di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Isnin ini.

Sewaktu ditemui Mingguan Malaysia, Hoi Lan berkata: “Saya sudah tua, kasi jaga sama anak saya, Rohana apabila dia belajar nanti”.

Semalam, berlangsung majlis ringkas serahan surat tawaran pengajian daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada Rohana di rumahnya.

Kisah dua beranak ini mula mendapat perhatian Januari lalu apabila media melaporkan kisah Hoi Lan menunjukkan kemurnian hati dengan memelihara Rohana sejak berusia dua bulan selepas ditinggalkan ibunya seorang warga Indonesia.

Kisah tersebut turut menarik perhatian UTeM yang menawarkan Rohana tajaan pengajian peringkat Diploma Sains Komputer, selain wang saku dan bantuan sokongan lain.

Rohana berkata, dia sangat terharu dengan peluang pengajian yang diberikan dan seolah-olah diberikan nafas baharu untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

“Saya sangat bersyukur di atas peluang yang diberikan UTeM ini. Meskipun sedih kerana terpaksa berjauhan dari ibu angkat saya, namun saya akan pulang bertemunya setiap kali berkesempatan. Kasih dan sa­yangnya kepada saya, memberikan saya kekuatan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN