Henti serang sesama sendiri - PM - Utusan Malaysia

Henti serang sesama sendiri – PM

Ismail Sabri bersama sebahagian pemimpin Barisan Nasional (BN) Selangor pada kongres parti itu di Shah Alam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menawan semula Selangor jika seluruh anggota dan pimpinan di peringkat negeri ataupun pusat berhenti menyerang sesama sendiri.

Ini kerana asas BN terutama di negeri itu masih kukuh, walau bagaimanapun, gerakannya tidak boleh bersandarkan kepada emosi semata-mata, sebaliknya perlu berasaskan fakta serta menonjolkan sokongan jelas kepada parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian sikap perlu dijalankan bagi mengenalpasti kelemahan musuh dan meraih keyakinan rakyat untuk mendapatkan peluang kedua untuk kembali menjadi kerajaan negeri.

“Kali ini kita kata, kita menang lagi. Namun harus ada fakta. Jadi, kita harus ada kajian sikap untuk mengetahui kekuatan musuh. Kita tidak mahu kecundang lagi dan ada yang sudah membandingkan dengan Kerajaan PH yang tidak mahu diberi peluang kedua.

“Saya tentu hendak Selangor menang. Jika kita mahu menang, tidak boleh bersandarkan emosi sahaja dan mesti melihat kepada fakta. Asas kita memang kukuh. Tetapi fakta sokongan itu haruslah jelas. Mulai sekarang kita mesti serang pembangkang dan bukan menyerang sesama sendiri,” katanya ketika berucap dalam perasmian Konvensyen BN Selangor, hari ini.

Beliau menambah, Wanita MCA dan MIC sudah pun melaksanakan kajian sikap seperti Wanita UMNO dan berharap dapat Wanita Selangor mempunyai formula jelas untuk melaksanakannya, walaupun kajiannya cuma separuh, namun memadai untuk membuat penilaian.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menjelaskan pembentukan kerajaan bersama BN selepas Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan adalah tanpa syarat dan berpegang kepada matlamat untuk menolak dominasi DAP walaupun terpaksa bersama kumpulan yang menolak UMNO sebelum ini dan pemimpin lompat parti.

“22 bulan kita mengalami kehidupan yang sukar namun terasa seperti 22 tahun. Ketika itu berlaku perpecahan dalam PH dan ditawarkan untuk bersama-sama dengan Kerajaan yang baharu.

“Ramai mempertikaikan kenapa kita perlu bersama-sama dengan orang yang pernah lompat daripada parti. Saya berasa ini peluang untuk menolak Kerajaan PH kerana matlamat kita pada waktu itu untuk menumbangkan DAP yang bermaharajalela,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya