PUTRAJAYA: Selepas Semenanjung, kerajaan semalam menetapkan harga siling baharu ayam standard bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan pada kadar RM9.40 sehingga RM12.90 sekilogram berkuat kuasa semalam sehingga 31 Ogos depan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan memaklumkan, harga siling runcit ayam standard berbeza berdasarkan lokasi bagi negeri Sarawak iaitu RM9.80 sehingga RM12.90 sekilogram manakala bagi Pantai Barat Sabah pada kadar RM11 sekilogram dan Pantai Timur Sabah (RM11.30). Sementara itu, di Langkawi harga siling bagi sekilogram ayam standard adalah RM9.40 dan Labuan (RM11.30). Harga siling runcit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya