Garis panduan baharu bina PPRT

Garis panduan baharu bina PPRT

Khazanah Nasional (Khazanah) menerajui usaha untuk menangani jurang yang lazim dalam perumahan sosial di Malaysia dalam Program Perumahan Rakyat (PPR) melalui pencadangan dasar. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan membuat garis panduan baharu terhadap Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi memastikannya dapat dilaksanakan tahun ini berikutan tiada kontraktor yang sanggup membina rumah itu pada kadar semasa.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, harga RM56,000 yang ditetapkan untuk membina satu unit rumah PPRT tidak mencukupi susulan kenaikan kos bahan binaan ketika ini.

“Dengan kadar harga RM56,000 sebuah rumah PPRT yang sekarang ini memerlukan lebih kurang RM67,000 (sebuah) untuk pelaksanaan dan tidak ada kontraktor yang sanggup membina pada masa ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Rahman menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada kementerian berkenaan bercadang meningkatkan peruntukan bagi memastikan sebuah rumah PPRT berharga RM56,000 dapat disiapkan ekoran kebimbangan mengenai kos pembinaan rumah PPRT sudah sudah menjangkau hampir RM70,000.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihak kementerian telah memperuntukkan RM360 juta untuk pembinaan PPRT di seluruh negara iaitu RM178 juta untuk membina 2,503 buah rumah baharu dan RM182 juta bagi tujuan membaik pulih 11,353 rumah.

“Kebimbangan saya adalah mengenai keupayaan kontraktor kecil luar bandar untuk menyiapkan rumah pada harga tersebut.  Kerajaan perlu memberikan perhatian serius terhadap isu ini dengan mengambil kira kos bahan binaan semasa supaya rumah yang disiapkan akan kekal berkualiti dan selamat untuk diduduki,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kementeriannya tidak mempunyai projek sakit di Sabah dan sentiasa mengadakan perbincangan dan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan sebarang projek dilaksanakan mengikut perancangan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya