Covid-19: Selangor kembali catat kes positif tertinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Selangor kembali catat kes positif tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,769 kes berbanding kelmarin, 2,863 kes sekali gus mengatasi 1,984 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 884 kes diikuti Kuala Lumpur (793), Perak (209), Negeri Sembilan (155), Pulau Pinang (138), Sabah (135), Melaka (110), Putrajaya (97), Johor (60) dan Pahang (60).

Diikuti Sarawak (47), Kedah (35), Kelantan (24), Terengganu (17), Perlis (5) dan Labuan, empat kes.

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 607 orang berbanding kelmarin, 551 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 47 kes berbanding jumlah semalam, 43 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 28 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak tujuh kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,020 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan enam kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lima kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,771 kes. 

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,586 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya