Covid-19, KPM sentiasa rujuk KKM - Utusan Malaysia

Covid-19, KPM sentiasa rujuk KKM

DR. Radzi Jidin (kanan) bergotong-royong melapah daging korban pada Majlis Korban Srikandi Bersatu Kelantan di Ketereh, Kelantan. -UTUSAN/ ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa merujuk Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 di kawasan sekolah.

Menteri Kanannya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya sentiasa melaksanakan pemantauan rapat berkait dengan jangkitan tersebut susulan lebih 3,000 kes direkodkan pada hari ini.

Menurutnya, selain itu, kes jangkitan Influenza turut diberikan perhatian bagi memastikan ia tidak menular dalam kalangan pelajar.

“Kita sentiasa melakukan pemantauan bersama KKM dan ia adalah pendekatan sama yang digunakan sebelum ini (Covid-19).

“Apa jua perkara yang kita laksanakan dalam konteks kesihatan, kita akan berbincang dengan pihak KKM terlebih dahulu,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Korban Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan di Ketereh, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Radzi memberitahu, sebanyak 36 ekor lembu turut dikorbankan secara bergotong-royong dalam Program Korban Perdana anjuran Perikatan Nasional (PN) Ketereh.

Katanya, Korban Perdana itu yang bermula hari ini dan esok membabitkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kadok, Melor dan Kok Lanas.

“Program ini dilaksanakan secara bergotong-royong dan diagihkan kepada penerima yang dikenal pasti,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya