PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,936 kes berbanding kelmarin, 5,047 kes sekali gus mengatasi 3,899 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,491 kes diikuti Kuala Lumpur (1,055), Perak (268), Pulau Pinang (232), Sabah (231), Negeri Sembilan (187), Melaka (108), Johor (86), Kedah (80) dan Pahang (70).
Diikuti Sarawak (38), Kelantan (32), Terengganu (31), Putrajaya (12), Perlis (8) dan Labuan, tujuh kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 528 orang berbanding kelmarin, 627 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 61 kes berbanding jumlah semalam, 60 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 38 kes berbanding jumlah kelmarin, 34 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 12 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan tujuh kematian Covid-19 berbanding kelmarin, empat kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,855 kes.
Manakala, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,605 kes. –UTUSAN ONLINE