PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,799 kes berbanding kelmarin, 3,589 kes sekali gus mengatasi 2,666 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor kembali menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 910 kes diikuti Kuala Lumpur (668), Perak (245), Negeri Sembilan (196), Sabah (192), Pulau Pinang (147), Melaka (93), Putrajaya (80), Johor (80) dan Kedah sebanyak 58 kes.
Diikuti Sarawak (46), Pahang (41), Kelantan (17), Labuan (9), Terengganu (9) dan Perlis sebanyak lapan kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan menurun kepada 496 orang berbanding kelmarin, 525 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 41 kes berbanding jumlah semalam, 42 kes.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 26 kes berbanding jumlah kelmarin, 25 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 13 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.
Satu kluster baharu adalah Kluster Jalan Ipoh Lumut, Perak Tengah melibatkan kategori Pendidikan dengan 70 kes.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,809 kes.
Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,593 kes. –UTUSAN ONLINE