Covid-19: Kes positif melebihi 4,000; 8 kematian - Utusan Malaysia

Covid-19: Kes positif melebihi 4,000; 8 kematian

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 4,098 kes berbanding kelmarin, 3,934 kes sekali gus mengatasi 2,071 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Kuala Lumpur menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 1,485 kes diikuti Selangor (1,069), Negeri Sembilan (276), Perak (274), Sabah (181), Pulau Pinang (160), Melaka (142), Kedah (99), Putrajaya (95), Johor (94), Pahang (80) dan Kelantan (56).

Diikuti Sarawak (43), Terengganu (24), Perlis (11) dan Labuan, sembilan kes. 

Pesakit Covid-19 dalam wad meningkat kepada 593 orang berbanding kelmarin, 543 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam, kekal merekodkan 53 kes bersamaan jumlah semalam. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 30 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 12 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,026 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan lapan kematian Covid-19 berbanding kelmarin, sembilan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 35,836 kes. 

Manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,600 kes. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya