CEO anak syarikat sebuah bank ditahan rasuah RM24 juta - Utusan Malaysia

CEO anak syarikat sebuah bank ditahan rasuah RM24 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank antara tiga individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.

Satu sumber memberitahu, suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu bersama dua lagi suspek lelaki berusia antara 53 hingga 58 tahun ditahan kira-kira pukul 6 petang tadi di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Kata sumber itu, suspek wanita tersebut dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih RM24 juta ketika berkhidmat dengan anak syarikat sebuah bank pada sekitar tahun 2010.

“Suspek lelaki berusia 53 tahun itu pula yang kini bekerja sebagai perunding kewangan manakala rakannya tidak bekerja,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat esok pada jam 9 pagi di Mahkamah Majistret Putrajaya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya