Bersatu tidak terkesan laporan Ahli Parlimen Segamat keluar parti

Bersatu tidak terkesan laporan Ahli Parlimen Segamat keluar parti

HAMZAH Zainudin dalam program Kita Demi Negara di Batu Kurau, Larut, Perak, hari ini - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkesan dengan laporan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar keluar daripada parti itu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagaimana pun tidak mengulas sama ada sudah menerima surat mengenainya daripada Santhara.

“Seorang Ahli Parlimen yang mengambil keputusan untuk keluar parti tidak akan memberi kesan besar. Tindakan seperti itu hanyalah berdasarkan kepentingan dirinya sahaja.

“Perjuangan yang dibawa oleh ahli-ahli parti lebih mustahak berbanding kepentingan kehendak seorang individu.

“Saya akan membuat pengumuman mengenai perkara ini kemudian ” katanya kepada pemberita  dalam Program Kita Demi Negara di Dewan Astaka Batu Kurau di sini hari ini.

Santhara sebelum dilaporkan keluar Bersatu dan telah menyerahkan surat mengenainya kepada setiausaha agung parti berkenaan.

Sementara itu, mengenai logo baharu Perikatan Nasional (PH), Hamzah berkata, perkara itu telah diserahkan kepada beberapa syarikat untuk menguruskan reka cipta logo yang baharu.

“Kita akan mengadakan mesyuarat PN tidak lama lagi dan kita telah melantik beberapa syarikat untuk mereka cipta beberapa corak logo tersebut.

“Setelah membuat pemilihan kita akan meluluskannya nanti dalam mesyuarat tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN