Benih padi NMR151 sesuai tanah masam kelat 

Benih padi NMR151 sesuai tanah masam kelat 

K. NAGELENDRAN (tiga dari kanan) menunjukkan benih padi IS21 pada Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada pesawah Pertubuhan Peladang kawasan Machang di Unit Peladang, Kampung Bukit Tiu, Machang, Kelantan hari ini. -UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG :  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi Agensi Nuklear Malaysia sedang menghasilkan varieti benih padi baharu NMR151 yang mempunyai daya tahan terhadap tanah masam kelat terutama di negeri ini.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) kementerian itu, Dr. K. Nagulendran berkata, kajian terhadap penghasilan varieti benih padi baharu itu sudah berada di peringkat akhir.

Menurutnya, masam kelat merujuk kepada  kawasan tanah beris yang terjadi akibat campuran air masin dan tawar.

“Untuk percubaan,kita akan melaksanakannya di Kelantan iaitu di kawasan Pasir Puteh pada musim penanaman padi yang akan datang bermula Oktober atau November ini.

“Sekiranya percubaan ini berjaya, benih padi baharu ini akan disahkan sebelum diperluaskan ke negeri lain yang akan dikenal pasti mempunyai masalah yang sama,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada pesawah Pertubuhan Peladang kawasan Machang di Unit Peladang, Kampung Bukit Tiu, di sini hari ini.

Nagulendran memberitahu, benih padi IS21 adalah inovasi dalam industri padi negara yang dilihat mampu meningkatkan hasil tuaian mengikut kawasan penanaman.

Katanya, setakat ini, pelaksanaan benih padi IS21 masih lagi dalam peringkat ujian untuk mencapai sehingga 10 tan pengeluaran sehektar.

“Jadi, kita akan dapat melihat hasil tuaian padi yang pertama menggunakan benih padi IS21 pada Oktober dan November ini membabitkan kawasan seluas 500 hektar di Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tumpat, “ ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya