BALING: Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi kepala air dan banjir lumpur melibatkan lima kampung di Kupang dekat sini yang sehingga ini mengorbankan tiga mangsa dan menyebabkan 1,500 penduduknya terjejas serta puluhan kediaman rosak. Hujan lebat lebih tiga jam sejak kelmarin membawa bersama lumpur tebal, timbunan pokok serta sisa kayu dari Gunung Inas berdekatan, mengakibatkan sebuah jambatan yang menghubungkan kampung di Sungai Iboi roboh manakala jalan utama terputus hubungan. Antara kampung yang terlibat dalam bencana itu adalah Kampung Iboi, Kampung Bukit Ibor, Kampung Tok Pisang, Kampung Tok Saba dan Kampung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya