Ahli Parlimen lompat parti pun masih tidak disiasat - Anwar Ibrahim - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen lompat parti pun masih tidak disiasat – Anwar Ibrahim

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

280722

KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (No. 3) 2022 dan mengenai peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti tidak menyelesaikan masalah melibatkan ahli-ahli Parlimen yang telah melompat parti.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun pindaan Perlembagaan hari ini menjadi permulaan sangat bersejarah, namun, kes-kes melibatkan ahli Parlimen melompat parti masih tidak disiasat sedangkan ia berkait maruah dan integriti seorang wakil rakyat.

“Ini soal maruah dan integriti ahli Parlimen hingga ada diwar-warkan sebagai ahli Parlimen untuk dijual. Soal yang harus diketahui Perdana Menteri dan diperhatikan badan-badan seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) adalah melibatkan rasuah, sogokan dan penipuan.

“Dengan pindaan ini ia tidak menyelesaikan. Kita mahu gunakan pindaan ini untuk bertanya SPRM, mengapa janji, sogokan, jawatan dan wang berjuta-juta ringgit dipadam dan tidak disiasat? Jadi, pindaan ini menggambarkan ada sesuatu yang salah.

“Kalau tidak kenapa nak pinda Perlembagaan? Mengapa nak hentikan cerita khianat, belot dan tipu ini? Ini kerana isu maruah dan integriti ahli Parlimen. Janji kepada rakyat, kemudian tukar parti, dan tukar itu atas alasan apa? Alasan wang dan jawatan dan ini harus disiasat,” katanya semasa perbahasan usul itu di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mengimbas peristiwa Langkah Sheraton pada Februari 2020, menyaksikan beberapa ahli Parlimen melompat parti dan membentuk gabungan baharu.

“Banyak laporan yang dibuat, tetapi tiada siasatan dan kenyataan susulan oleh SPRM. Kalau laporan sebegini serius yang menyentuh soal maruah dan integriti, namun tidak diberi perhatian.

“Saya anggap bukan sahaja dari segi kelemahan amalan anti lompat parti, tetapi dari segi pengurusan dan kewibawaan badan-badan penguatkuasaan termasuk SPRM,” katanya.

Datuk Seri Santhara Kumar [PN-Segamat]: “Bukan semua yang keluar itu ambil duit, ada yang satu sen pun tidak dapat kerana wujudnya masalah antara Port Dickson dan Langkawi (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Itu berlaku semasa di Sheraton.”

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [PH-Bandar Kuching]: “Tapi keputusan untuk lompat bukan untuk mereka, itu keputusan anda sendiri.”

Anwar [PH-Port Dickson]: “Alasan Segamat tidak munasabah kerana apa pun pergolakan dalam parti itu tidak mengundang suatu pengkhianatan. Dia boleh mengundang bantahan dan keluar bantahan, tapi ini pakatan pengkhianatan.”

“Saya setuju memang Langkawi lengahkan peletakan jawatan (Perdana Menteri), saya terima, tetapi mesti juga terima bahawa bila diusulkan nama saya (sebagai calon Perdana Menteri), Langkawi akhirnya tandatangan sokong.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya