'Ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat' - Utusan Malaysia

‘Ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat’

MANSOR Othman (tengah) bersama kakitangan KASA mengayuh basikal dari rumah ke pejabat pada program "Berbasikal ke Pejabat" di Kompleks F, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjadi kementerian pertama yang melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ sekali gus menyokong usaha kerajaan melestarikan alam sekitar. 

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, beliau berharap kementerian-kementerian lain akan mengikuti usaha ini sebagai satu komitmen berterusan untuk bersama-sama menjaga alam sekitar.

Beliau berkata, buat permulaan, program ini akan diadakan sekali seminggu sebelum ia diperluaskan secara harian pada masa depan. 

“Hari ini, seramai 40 warga KASA dan beberapa rakan korporat serta individu menyertai aktiviti kayuhan ke pejabat pagi ini. 

“Saya difahamkan ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat hari ini dan ia satu usaha yang bagus,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan program Berbasikal ke Pejabat, di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, Putrajaya adalah bandar yang direka dan mesra untuk mereka yang berbasikal malah, bandar ini juga mempunyai kemudahan paling baik untuk melakukan aktiviti itu. 

Menurutnya, selaras program ini, pihaknya akan membawa aktiviti ini kepada satu tahap iaitu melahirkan komuniti mobiliti aktif iaitu mendidik masyarakat untuk berbasikal dan berjalan. 

“Di Putrajaya ini, jarak kediaman kakitangan dan pegawai dengan pejabat kementerian hanya sekitar 5 km dan jika berbasikal, ia hanya ambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja. 

“Pagi tadi, saya sendiri berbasikal sejauh 14 km dan ambil masa 35 minit dari rumah saya di Bangi untuk ke pejabat,” katanya. 

Katanya, aktiviti berbasikal juga boleh mengurangkan penggunaan bahan api dan kesesakan lalu lintas selain membantu menjadikan Putrajaya bandar bebas karbon.  –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya