2,000 penduduk Taman Semabok Perdana diancam anjing liar - Utusan Malaysia

2,000 penduduk Taman Semabok Perdana diancam anjing liar

KELIHATAN anjing liar yang berkeliaran di padang permainan di Taman Semabok Perdana, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kelibat kumpulan anjing liar mahupun yang bertuan berkeliaran di sekitar Taman Semabok Perdana di sini cukup merisaukan hampir 2,000 penduduk perumahan berkenaan terutama apabila menjelang malam hari.

Agresif dan sukar dijangka, itu kata-kata paling tepat untuk menggambarkan sikap haiwan berkenaan yang saban hari menjadi ancaman kepada masyarakat, bahkan, terbaru, seorang penduduk patah tangan kanan dan kiri selepas terjatuh daripada motosikal akibat dirempuh anjing liar yang tiba-tiba melintas.

Menceritakan detik cemas itu, Zaini Kalid, 53, berkata, semasa kejadian, dia sedang dalam perjalanan untuk berjumpa isterinya yang mengalami kerosakan kereta kira-kira pukul 10 malam.

“Sebaik sahaja keluar dari rumah kira-kira 200 meter, seekor anjing tiba-tiba melintas dan merempuh tayar hadapan motosikal menyebabkan saya terpelanting dan terseret di atas jalan.

“Akibatnya, saya terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaaan doktor mengesahkan patah tangan kanan dan kaki kiri selain tangan kiri, badan dan muka turut cedera akibat terseret di jalan.

“Saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) segera melakukan pemantauan terhadap pemilik anjing bagi memastikan mereka mempunyai lesen,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Izhar Shafawi Idris, 40, berkata, peristiwa yang menimpa Zaini pada 1 Julai lalu bukanlah kejadian pertama, malah, dia sendiri pernah menjadi mangsa dikejar haiwan berkenaan.

“Anjing ini akan berkeliaran antara pukul 7 hingga 10 malam, penduduk taman pun tak berani nak biarkan anak keluar walaupun di luar pagar depan rumah.

“Saya sendiri pernah dikejar anjing liar ketika menunggang motosikal, namun, nasib baik tidak berlaku kemalangan,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya