Ubat semburan HFMD kurang di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Ubat semburan HFMD kurang di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekalan ubatan bagi penyakit berjangkit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di beberapa farmasi di daerah ini dilaporkan berkurangan sejak lebih dua minggu lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ubat jenis semburan paling laris dibeli pengguna hingga bekalannya terjejas.

Seorang ahli farmasi, Syuhaidah Zolkipli, 28, berkata, kebanyakan ibu bapa memilih ubat semburan kerana kaedah penggunaannya yang lebih mudah dan berkesan kepada kanak-kanak.

“Ketiadaan semburan itu menyebabkan kami terpaksa menyarankan ubatan lain yang berasaskan madu.

“Bagi bahagian tangan dan kaki pula, ibu bapa memilih gel atau antibiotik dan bekalannya masih stabil,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya