Subsidi RM155 juta tampung RapidKL, komuter percuma - Utusan Malaysia

Subsidi RM155 juta tampung RapidKL, komuter percuma

Ismail Sabri Yaakob (dua kanan) bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong (kiri) dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua kiri) menaiki Transit Aliran Masa (MRT) dari stesen Kampung Batu ke stesen Sri Damansara Sentral selepas melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM155 juta untuk membiayai subsidi tambang percuma membabitkan perkhidmatan pengangkutan RapidKL dan Komuter Lembah Klang selama sebulan bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain pengangkutan kendalian RapidKL, pemberian tambang percuma juga diperluas kepada perkhidmatan Komuter Lembah Klang.

“Kerajaan memberikan subsidi RM140 bagi membolehkan penumpang dapat tambah percuma pengangkutan RapidKL.

“Selain itu pengangkutan Keretapi Tanah Melayu (KTM) iaitu Komuter Lembah Klang juga tambang percuma sebulan iaitu subsidi RM15 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapan Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Ia membabitkan iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya