'Saya doakan terbaik untuk anak' - Chandra Muzaffar - Utusan Malaysia

‘Saya doakan terbaik untuk anak’ – Chandra Muzaffar

CHANDRA MUZAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keadilan diharap dapat diberikan kepada Samirah Muzaffar serta dua remaja yang dibacakan keputusan peringkat pendakwaan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini berhubung dakwaan bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Allahyarham Nazrin Hassan.

Bapa kepada Samirah, yang merupakan penganalisis politik dan juga Presiden Presiden Gerakan Antarabangsa untuk Dunia Keadilan (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata, beliau mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu yang disifatkan sebagai sedang berdepan dengan ujian hidup.

“Saya fikir lebih elok jangan komen. Tetapi, saya mendoakan anak-anak diberi perlindungan, sebab itulah peranan ahli keluarga. Daripada memikirkan apa yang akan jadi esok, lebih baik saya mendoakan yang terbaik. Apa-apa pun tengoklah macam mana esok.

“Setakat ini, anak-anak dan cucu semua bertenang dan dapat menumpukan perhatian kepada kerja dan pelajaran masing-masing. Sudah tentulah saya harapkan anak saya mendapat keadilan dalam prosiding ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Samirah, 47, serta dua remaja berusia 16 dan 19 tahun disabitkan dengan pertuduhan bunuh Allahyarham Nazrin yang ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi hari berikutnya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menetapkan tarikh hari ini selepas mendengar hujah pendakwaan dan pembelaan serta memanggil seramai 57 saksi dalam prosiding yang berlangsung 94 hari sehingga 22 April lalu.

Turut berhadapan tuduhan sama ialah pembantu rumah Indonesia, Eka Wahyu Lestari, namun wanita masih bebas.

Mengikut kronologi, Samirah ditahan pada pukul 6.45 pagi pada 4 Mac 2019 sebelum Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan pertuduhan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Ketiga-tiga mereka itu kemudian dituduh di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Ke­seksaan dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Pada 12 Mac 2019, Samirah, 47, bersama dua remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh Nazrin.

Bekas eksekutif kanan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) tidak dibenar diikat jamin.
Namun, dua remaja dibebaskan pada 27 Mac dengan jaminan RM50,000 bersama dua penjamin berbeza bagi setiap tertuduh.

Samirah yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Rahmat Hazlan dibenarkan diikat jamin RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan pada 29 Mei 2019.

Hakim menutup hujahan peringkat pendakwaan selepas prosiding itu bermula pada 7 hingga 22 April dan menetapkan 30 Mei untuk keputusan kes, namun pada 20 Mei lalu, Utusan Malaysia dimaklumkan tarikh tersebut ditunda hari ini. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya