Pengusaha makanan terkesan kenaikan harga tepung gandum - Utusan Malaysia

Pengusaha makanan terkesan kenaikan harga tepung gandum

MOHD. Hafiz Ahmad dan isterinya, Nurhayati Ismail (kiri) ketika menyediakan piza jualan mereka di kedai Pizza Ukhwah, pekan Pantai, Seremban.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Peningkatan harga tepung gandum kebelakangan ini memaksa pengusaha produk makanan berasaskan bahan mentah tersebut mencari kaedah lain bagi menjimatkan kos operasi.

Seorang peniaga piza di pekan Pantai di sini, Mohd. Hafiz Ahmad, 38, berkata, harga tepung gandum yang melonjak menberi kepada kepada operasi perniagaannya termasuk margin keuntungan diperoleh.

“Sebelum ini, harga seguni tepung tinggi protein seberat 25 kilogram adalah sebanyak RM70 namun kini sudah naik sebanyak RM88 seguni. Saya menggunakan sebanyak lapan guni tepung sebulan.

“Walaupun masih boleh bertahan, namun margin keuntungan menurun. Setakat ini saya tidak menaikkan harga dan hanya mengurangkan kos overhead termasuk membuat penjimatan elektrik dalam operasi.

“Saya kini hanya mengehadkan penggunaan sebuah peti ais bagi simpanan barang selain mengambil pekerja separuh masa pada hujung minggu,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Mohd. Hafiz berkata, dia juga perlu mencari ramai pembekal bagi membolehkannya mendapat harga lebih murah untuk sesuatu bahan mentah.

Sementara itu, pengusaha roti canai sejuk beku, Khairul Najib Asarulah Khan, 31, berkata, harga bekalan bahan mentah terutama tepung gandum bukan sahaja melonjak malah ada pembekal mengehadkan pembelian.

“Sebelum ini harga bagi setiap kotak yang di dalamnya ada 10 peket sekilogram tepung gandung adalah sebanyak RM25 namun baru-baru ini ia sudah melonjak kepada harga RM30 sekotak. Pembekal turut memaklumkan harga tersebut meningkat lagi sebanyak RM4 tidak lama lagi.

“Kebanyakan pemborong memaklumkan mereka dapat bekalan bahan mentah itu dalam kuantiti terhad menyebabkan terpaksa hadkan setiap pembelian,” katanya.

Menurutnya, dia sebelum ini terpaksa menaikkan harga beberapa produk keluarannya berikutan bahan mentah lain seperti marjerin, susu dan telur ayam berlaku kenaikan harga.

“Berkemungkinan langkah yang sama terpaksa kami ambil sekali lagi jika tidak dapat menampung kos kenaikkan bahan-bahan mentah ini. Tentunya kenaikan harga ini bukan sahaja memberi bebanan kepada pengusaha malah pengguna dalam perbelanjaan mereka,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya