Lemang buluh panjang dapat permintaan tinggi - Utusan Malaysia

Lemang buluh panjang dapat permintaan tinggi

NOR Hazizah Abdul Rani menunjukkan lemang buluh panjang yang dijualnya di Felda Serting Hilir 7, Jempol.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Walaupun Aidilfitri di penghujung, jualan lemang masih mendapat sambutan ramai.

Di Felda Serting Hilir 7 di sini, lemang yang dijual Nor Azizah Abdul Rani, 55 dan suaminya, Abdul Mubin Bin Muda, 59, agak unik kerana menggunakan saiz buluh yang panjang.

Berkongsi kisah lanjut, Nor Azizah berkata, dia dan suami telah mula menjual lemang buluh panjang sejak enam tahun lalu.

“Pada mulanya, memang kami menjual buluh lemang bersaiz biasa namun pada suatu ketika suami membawa pulang buluh bersaiz panjang. Saya pula pada ketika itu keberatan untuk memotong mengikut saiz buluh lemang biasa.

“Kami membuat keputusan menjual sahaja buluh lemang bersaiz panjang dan Alhamdulillah dalam percubaan pertama, lemang itu masak dengan baik. Sejak itu kami mula menerima tempahan dari jiran terdekat dan rakan-rakan sehingga kini” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Nor Azizah berkata, kebiasaannya lemang buluh panjang itu berukuran 1.52 meter dan seberat 1 kilogram dan dijual pada harga RM38 sebatang.

“Saya bukan sahaja menjual pada Hari Raya Aidilfitri namun turut menerima tempahan pada hari perayaan lain seperti Tahun Baharu Cina. Kebanyakan pembeli memaklumkan lemang itu unik dan rasanya pula berlemak.

“Setiap hari kami dapat membakar kira-kira 20 batang lemang buluh panjang dan ia mengambil masa selama tujuh masak untuk disiapkan. Kebiasannya kami akan mula membakar pada pukul 1 pagi dan siap pada pukul 7 pagi dengan isi lemang yang cantik serta masak sepenuhnya,” katanya yang memberitahu memperoleh bulung lemang dari hutan sekitar Hulu Langat, Selangor. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya