Kampung Janda Baik sebagai kampung tradisional akan terus terjamin - Utusan Malaysia

Kampung Janda Baik sebagai kampung tradisional akan terus terjamin

Suasana kehijauan hutan Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang laluan menuju ke Air Terjun Tampik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa Kampung Janda Baik akan terus dikekalkan sebagai sebuah kampung tradisional tanpa pembangunan yang boleh menjejaskan penduduk.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, jika benar terdapat pembangunan yang boleh menjejaskan Kampung Janda Baik, kerajaan negeri tidak akan memberikan kelulusan.

“Saya sendiri tidak akan bersetuju jika ada pembangunan yang boleh menjejaskan kampung ini. Apatah lagi jika ia akan merosakkan imej Kampung Janda Baik sebagai kampung tradisional,” katanya di sini semalam.

Mohd. Soffi berkata, apa yang dirancang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri adalah untuk menjadikan Kampung Janda Baik memiliki fasiliti lebih baik sebagai lokasi yang mempunyai daya tarikan pengunjung.

“Sebagai contoh, jika penduduk tidak mahu melebarkan jalan sehingga mengganggu tempat tinggal dan tanah penduduk, mungkin perlu disediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih sesuai untuk membawa pelancong menikmati keadaan kampung ini.

“Kerajaan negeri tidak akan bertindak kejam sehingga mahu mengambil apa yang telah sekian lama diusahakan oleh penduduk kampung bagi tujuan pembangunan.

“Jika PBT merangka pembangunan, ia haruslah mendapat persetujuan tuan tanah terlebih dahulu. Jika ia mendapat bantahan penduduk, projek terbabit akan diteliti semula,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya