Jasa, legasi Tun Arshad Ayub tidak ternilai - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Jasa, legasi Tun Arshad Ayub tidak ternilai – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan jasa dan legasi yang ditinggalkan oleh Tun Arshad Ayub kepada negara adalah tidak ternilai.

Ini kerana, katanya, tokoh pejuang pendidikan itu telah memberikan pelbagai sumbangannya pada negara.

“Negara kehilangan seorang tokoh yang sangat berjasa dan meninggalkan legasi yang tidak ternilai untuk Keluarga Malaysia.

“Allahyarham adalah seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun di sebuah hospital di ibu negara selepas dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU) sejak minggu lalu.

Antara legasi Arshad yang amat dihargai Ismail Sabri adalah penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah melahirkan banyak profesional dan juga usahawan tekno Melayu di negara ini.

“Kini universiti tersebut telah melahirkan lebih 700,000 graduan. Allahyarham juga menunjukkan pencapaian yang luar biasa dalam semua bidang yang diceburi,” katanya.

Pada masa sama, katanya, Arshad turut terlibat merancang agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak dalam memacu Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Keazaman, kebijaksanaan dan kerja keras Allahyarham tanpa mengenal erti penat lelah untuk negara serta seluruh Keluarga Malaysia wajar diteladani.

“Saya dan Keluarga Malaysia mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya. –UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya