Jangan biarkan Jambatan Pulau Pinang mercu kes bunuh diri

Jangan biarkan Jambatan Pulau Pinang mercu kes bunuh diri

KERETA mangsa yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemukan di tepi jalan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri dan pihak berkuasa perlu bertindak memastikan Jambatan Pulau Pinang tidak dianggap sebagai ‘mercu tanda’ untuk orang ramai membunuh diri.

Mohd. Yusni Mat Piah (Pas-Penaga) berkata, awal pagi ini satu lagi kes terjun daripada Jambatan Pulau Pinang dilaporkan membabitkan seorang anak muda. 

”Situasi ini amat mengejutkan dan tidak boleh dibiarkan terus berlaku, kita apabila dengar ada orang terjun dari Jambatan Pulau Pinang, ‘mood’ pun tidak menjadi elok.

”Kita tidak mahu Jambatan Pulau Pinang berterusan dianggap sebagai mercu tanda masyhur orang membunuh diri.

”Kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini antaranya dengan membentuk situasi di tempat kerja dan institusi kekeluargaan yang harmoni,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusni, kes-kes bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang semakin meningkat setiap tahun dan sehingga Jun tahun ini sebanyak 16 kes dicatatkan.

”Setakat Januari hingga Mei terdapat 15 kes dicatatkan, hari ini ada satu kes menjadikan 16 kes bunuh diri berlaku di Jambatan Pulau Pinang.

”Kejadian ini dipercayai berlaku akibat masalah kesihatan mental dan ia amat membimbangkan kerana penyakit mental berpotensi menjadi penyakit kedua yang paling tinggi dalam kalangan rakyat negara ini selepas penyakit jantung,” katanya.

Tambahnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga turut memberi amaran bahawa masalah kemurungan akan menjadi masalah global menjelang 2030.

“Disebabkan itu, mana-mana pihak yang berdepan dengan masalah kemurungan perlu dirujuk kepada mereka yang pakar dan profesional dalam bidang berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya