Guna jentolak, traktor bersih sampah dalam kawasan rumah penduduk - Utusan Malaysia

Guna jentolak, traktor bersih sampah dalam kawasan rumah penduduk

PEKERJA MPT membersihkan sampah sarap dalam kawasan rumah seorang penduduk di Taman Tupai Mas, semalam. - UTUSAN/IHSAN MPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING:  Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjalankan operasi pembersihan di sebuah rumah yang dipenuhi longgokan sampah sarap di Taman Tupai Mas, di sini, semalam.

Berdasarkan perkongsian dalam laman Facebook MPT, kerja-kerja pembersihan bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 11 pagi.

“Kerja pembersihan menggunakan sebuah jentolak, tiga buah lori dan sebuah traktor untuk membersihkan longgokan sampah dari premis tersebut. 

“Pemilik premis tersebut merupakan seorang lelaki warga emas yang tinggal seorang diri,” katanya.

MPT mengingatkan masyarakat supaya tidak mengumpul sampah sarap meskipun dalam kawasan rumah. 

Katanya, longgokan sisa pepejal terkawal tanpa kebenaran MPT biarpun masih dalam kawasan rumah boleh dianggap sebagai kesalahan berkaitan kacau ganggu. 

Individu yang sengaja berbuat demikian boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 75 (1) dan (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan sekiranya disabitkan kesalahan didenda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya