Empat remaja lari dari asrama ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Empat remaja lari dari asrama ditemukan selamat

LOKASI rumah anak yatim dan miskin, dekat Kempadang di Kuantan, Pahang yang merupakan tempat dipercayai empat penghuninya dilaporkan melarikan diri dari asrama, semalam. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Empat remaja lelaki termasuk tiga daripadanya adik-beradik yang melarikan diri dari asrama anak yatim dan miskin di Kempadang di sini semalam ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, mereka yang hilang itu berusia dalam lingkungan antara 13 hingga 15 tahun dijumpai di rumah bapa saudaranya di kampung berdekatan.

Menurutnya, keempat-empat penghuni itu dijumpai sekitar pukul 10 malam hari yang sama dilaporkan hilang.

“Penyelia asrama itu mula menyedari kehilangan empat remaja terbabit apabila dimaklumkan beberapa penghuni asrama lain sekitar pukul 12.30 tengah malam.

“Kesemua mereka berasal dari kampung yang sama iaitu di Taman Cenderawasih, Pekan dan sudah menetap di situ antara satu ke dua tahun.

“Selepas laporan diterima, pihak polis segera melancarkan operasi menuju ke sebuah rumah di Kampung Kempadang menemui seorang lelaki dipercayai bapa saudara mereka dan menyatakan bahawa keempat-empat penghuni rumah anak yatim itu kini berada di rumah serta di bawah jagaannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd. Zahari berkata, mereka yang ditemukan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.

“Hasil siasatan awal mendapati punca mereka melarikan diri dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan tindakan penyelia rumah berkenaan.

“Keempat-empat penghuni itu bertindak demikian disebabkan marah selepas dilarang menggunakan telefon bimbit,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya