Anjing polis Chulio terima pingat penghargaan

Anjing polis Chulio terima pingat penghargaan

chulio
CHULIO bersama Tony Matius Farang selepas menerima pingat Jasamu Dikenang sempena Perhimpunan Bulanan IPD Batu Gajah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU GAJAH: Seekor anjing baka German Shepherd dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) me­nerima pingat Jasamu Dikenang sempena Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini, semalam.

Anjing bernama Chulio itu menerima penghargaan di atas kejayaan mengesan mayat dalam operasi mencari dan menyelamat orang hilang di Tronoh dekat sini, 11 Mei lalu.

Anjing berusia lima tahun itu menerima pingat daripada Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, yang dikalungkan oleh Timbalannya, Superintenden Tam Boon Hooi.

Mohamad Roy menyampaikan pingat berkenaan kepada pengendali Chulio, Koperal Tony Matius Farang, yang kemudiannya dikalungkan oleh Boon Hooi pada leher anjing tersebut.

Tony Matius turut menerima sijil penghargaan daripada Mohamad Roy.

Tony Matius berkata, anjing yang diperoleh dari United Kingdom itu mula berlatih sejak berusia dua tahun.

Katanya, Chulio sudah mengikuti lebih daripada 50 operasi dan antara kejayaan haiwan itu ialah mengesan mangsa yang tertimbus bawah tanah di Cameron Highlands pada April lalu.

“Chulio yang diberi latihan setiap hari sememangnya mempunyai kelebihan dan kepakaran khusus untuk mengesan mayat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya