‘Bukan sahaja Najib, tetapi pemimpin komuniti juga naik MRT’ - Utusan Malaysia

‘Bukan sahaja Najib, tetapi pemimpin komuniti juga naik MRT’

MOHD. Zarif Hashim bercakap pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi terdapat banyak pihak yang ingin merasai pengalaman menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim berkata, pihaknya menerima permintaan dalam kalangan pengunjung termasuk pemimpin komuniti dan persatuan penduduk yang ingin menaiki kemudahan terbaharu tersebut.

Malah, katanya, Najib ingin mengalami sendiri pengalaman menaiki MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, semalam selepas pihaknya melihat ciapan Ahli Parlimen Pekan itu berhubung projek MRT Laluan Putrajaya di Twitter.

“Banyak yang menjadi pengunjung kalau lihat di internet kebelakangan ini, semalam beliau merupakan salah seorang pengunjung itu, itu sahaja,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu di sini hari ini.

Semalam, Najib dilapor memuat naik beberapa keping gambar menaiki MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu bersama ahli keluarganya sekali gus menimbulkan maklum pelbagai pihak termasuk pembangkang.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MRT Corp berhak memutuskan mana-mana individu termasuk Najib bagi menaiki pengangkutan awam tersebut.

“Saya tidak mahu mengulas mengapa MRT menjemput beliau (Najib). Saya hanya melancarkannya hari ini dan perihal mengenai jemputan adalah hak MRT,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya