Air Tasik Bukit Merah surut paling kritikal - Utusan Malaysia

Air Tasik Bukit Merah surut paling kritikal

KEADAAN air Tasik Bukit Merah yang kering di jeti Kampung Selamat berdekatan tasik tersebut baru-baru ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Penduduk menyifatkan keadaan air Tasik Bukit Merah di sini yang surut ketika ini paling teruk pernah berlaku.

Seorang penduduk Kampung Selamat di sini, Dahalan Abdullah,66, berkata, kejadian sama pernah berlaku pada 2016 dan awal tahun lalu namun keadaannya tidak seteruk seperti sekarang.

Menurutnya, keadaan itu membimbangkan kerana air tasik itu merupakan sumber kegunaan pertanian terutama sawah padi di Kerian, pengguna domestik dan perindustrian

Katanya, dahulu air tasik itu hanya untuk kegunaan sawah dan sebagai sumber bekalan air mentah pengguna namun kini ia turut digunakan untuk kegunaan perindustrian di Taiping.

“Saya percaya penyusutan air di Tasik Bukit Merah ini bukan hanya kerana faktor cuaca panas tetapi kerana sumber air di tasik turut digunakan untuk perindustrian,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebaliknya pihak industri perlu mencari sumber air mereka sendiri.

“Dahulu berlaku juga musim kemarau menyebabkan air tasik surut namun tidaklah sampai menjejaskan bekalan air ke sawah seperti sekarang.

“Apabila air dari tasik ini turut disalurkan kepada berbagai pihak dan tidak hanya kepada penggunaan domestik dan pengairan tanah pertanian, sudah tentu air tasik ini tidak mencukupi ketika musim kemarau,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya