PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,841 kes berbanding kelmarin, 1,871 kes dan diatasi 2,005 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 813 kes diikuti Kuala Lumpur (375), Perak (129), Negeri Sembilan (112), Pulau Pinang (111), Melaka (65) dan Sabah (51).
Diikuti Kedah (44), Johor (39), Sarawak (28), Putrajaya (26), Pahang (19), Kelantan (14), Terengganu (13), Perlis (5) dan Labuan, tiada kes.
Pesakit Covid-19 yang masih berada dalam wad meningkat kepada 500 orang berbanding kelmarin, seramai 452 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 27 orang berbanding jumlah kelmarin, 29 orang.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal merekodkan 17 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,014 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian, satu kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,681 kes.
Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,559 kes. –UTUSAN ONLINE