Tragedi Terowong Menora: peringatan untuk semua  - Utusan Malaysia

Tragedi Terowong Menora: peringatan untuk semua 

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tragedi kemalangan maut melibatkan lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara baru-baru ini wajar dijadikan satu peringatan kepada semua pengguna jalan raya dan lebuh raya. 

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, peringatan itu supaya semua pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak cuai ketika memandu demi keselamatan orang lain. 

“Mengambil iktibar daripada kejadian nahas tersebut, beta menyeru rakyat supaya memastikan kesiapsiagaan kenderaan masing-masing sentiasa peka dan berwaspada di jalan dan lebuh raya khususnya di musim perayaan. 

“Pihak berkuasa dan syarikat perlu memperketatkan proses pemantauan dan pengambilan pemandu komersial bagi memastikan mereka tidak bermasalah dan penyelenggaraan kenderaan sentiasa dalam keadaan baik,” titah Seri Paduka menerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja hari ini. 

Dalam pada itu, Seri Paduka turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita kepada seluruh keluarga mangsa dengan berita pemergian kelima-lima mangsa dalam tragedi berkenaan. 

“Seluruh keluarga mangsa perlu bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini. Seri Paduka mendoakan supaya roh-roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempat bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh,” titah Al-Sultan Abdullah.

Kelmarin, dalam kejadian sekitar pukul 12.52 tengah malam, kelima-lima mangsa iaitu Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 dilaporkan rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya