Semoga UMNO terus memayungi masyarakat - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Semoga UMNO terus memayungi masyarakat – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua ahli UMNO untuk meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air serta memayungi seluruh masyarakat negara ini.

Beliau juga Naib Presiden UMNO berkata, hari ini genap 76 tahun UMNO menjadi sebuah wadah perjuangan orang Melayu dan nakhoda yang senantiasa menabur bakti kepada seluruh masyarakat tanpa mengira kaum.

“Semoga UMNO terus kukuh memayungi dan melindungi seluruh masyarakat di negara ini. Kepada seluruh ahli UMNO, bersama-sama kita meneruskan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Hari ini, UMNO genap berusia 76 tahun apabila 11 Mei merupakan tarikh kelahiran UMNO sebagai sebuah parti politik yang ditubuhkan di atas tekad demi agama, bangsa dan negara.

UMNO akan mengadakan Sambutan Ulang Tahun Penubuhan UMNO Ke-76 di Pusat Dagangan (WTC) Kuala Lumpur pada Ahad ini bersempena Perhimpunan Agung Khas dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya