MARAN: Kata-kata perangsang bapa antara azimat yang menguatkan semangat Nor Sarah Adi sehingga berjaya merangkul pingat emas dalam lompat bergalah di Sukan SEA, kelmarin.. Nor Sarah juga turut mengukir kejayaan berganda memungut gangsa dalam kuartet 4×100 meter di Stadium Nasional My Dinh, Vietnam. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Adi Daud, 56, berkata, sebelum anaknya menyertai acara itu, nalurinya berasa yakin Nor Sarah akan berjaya merangkul emas dan sejam sebelum anaknya turun ke arena, dia menghubungi anaknya dengan memberikan kata semangat supaya tidak menghampakan rakyat Malaysia dan keluarga. “Sebagai bapa, saya memang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya