Rumah didiami lima sekeluarga musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Rumah didiami lima sekeluarga musnah dalam kebakaran

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Baru Air Kuning Selatan, Gemencheh, Tampin pagi tadi.-GAMBAR/IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Lima sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Air Kuning Selatan, Gemencheh, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Gemencheh, Penolong Penguasa Bomba, Norfaizal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.49 pagi dan sebaik tiba di lokasi yang terletak kira-kira 17 kilometer itu, kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 40 x 50 kaki persegi.

Menurutnya, ketika kejadian, penghuni rumah berkenaan iaitu sepasang suami keluar bekerja di estet berdekatan manakala anak-anak mereka pula pergi ke sekolah.

“Tindakan pantas bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan perumahan di mana kawasan kejiranan tersebut juga berisiko tinggi disebabkan reka bentuk atau struktur bangunan separuh kekal iaitu papan yang mudah terbakar.

“Dalam kejadian ini, kami turut mendapat bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin. Buat masa ini, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya