Rafizi Timbalan Presiden PKR baharu

Rafizi Timbalan Presiden PKR baharu

PKR
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rafizi Ramli memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR baharu, menewaskan pencabarnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam pemilihan parti itu.

Ini kali pertama Rafizi memenangi jawatan tersebut setelah tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti pada 2018.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustafa hari ini.

“Ya, kalau ikut keputusan tidak rasmi mengikut semua negeri, memang betul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rafizi meraih 68,992 undi berbanding Saifuddin yang meraih 50,038 undi, dengan Undi Ragu akan disahkan oleh JPP untuk ditambah kepada undi keseluruhan calon.

Jawatan Naib Presiden PKR pula dimenangi oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meraih 52,845 undi, Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang (41,209 undi), Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad (40,506 undi) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (38,894 undi).

Adam Adli Abd. Halim pula memenangi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) selepas meraih 13,650 undi, manakala Muhammad Kamil Abd. Munim yang meraih 12,943 undi memenangi jawatan Timbalan Ketua AMK.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menang dalam perebutan jawatan Ketua Wanita PKR apabila meraih 21,962 undi manakala Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli memenangi jawatan Timbalan Ketua Wanita dengan 17,743 undi. – UTUSAN

Keputusan Pemilihan PKR 2022:

Presiden – Datuk Seri Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden – Rafizi Ramli

Naib Presiden – Datuk Seri Amirudin Shari

Naib Presiden – Datuk Seri Aminuddin Harun

Naib Presiden – Chang Lih Kang

Naib Presiden – Nik Nazmi Nik Ahmad

Ketua AMK – Adam Adli Abd. Halim

Timbalan Ketua AMK – Muhammad Kamil Abd. Munim

Ketua Wanita – Rodziah Ismail

Timbalan Ketua Wanita – Juwairiya Zulkifli

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya