Polis tahan dua suspek tipu tiket penerbangan ke Korea

Polis tahan dua suspek tipu tiket penerbangan ke Korea

KAMARUL Zaman Mamat menyampaikan sijil penghargaan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri JSPT Johor di Johor Bahru, di sini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis menahan dua suspek termasuk seorang wanita warganegara Korea Selatan yang terlibat dengan kegiatan penipuan penjualan tiket penerbangan ke negara itu di Tanjung Aru, Sabah, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din ketika dihubungi berkata, suspek lelaki dan wanita yang kedua-duanya berusia 38 tahun itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau memaklumkan, polis telah menerima 20 laporan berhubung penipuan berkenaan dengan kerugian bernilai RM233,954.

Penipuan itu diiklankan di laman web http://cafe.naver.com/mymalaysia yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan didakwa dikendalikan syarikat Apsan Travel and Tour Sdn. Bhd.

“Mangsa membeli tiket penerbangan yang diiklankan kerana tertarik dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding harga pasaran. Namun setelah pembayaran dibuat, mangsa gagal memperoleh tiket penerbangan yang dibeli,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menerima lima laporan berhubung penipuan berkenaan di negeri ini sejak awal tahun dengan kerugian bernilai RM59,125.

“Modus operandi suspek adalah dengan mensasarkan rakyat negara berkenaan yang mahu pulang ke negara asal. Mangsa bagaimanapun menyedari ditipu suspek yang telah membuka akaun bank atas nama agensi pelancongan palsu.

“Kes ini bukan hanya melibatkan mangsa yang membuat laporan di Johor sahaja, tetapi di beberapa negeri lain termasuk Kuala Lumpur dan Sabah,” katanya ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, di sini hari ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya